Walau bagaimanapun kedua-dua model telefon pintar ini bukanlah menjadi sebuah rahsia kerana sudah banyak kali diperlihatkan di internet.
Terkini, imej Pixel 5 pula muncul lagi menayangkan rekaannya pada bahagian hadapan.
Imej tersebut telah dimuat naik oleh Jon Prosser yang acap kali sudah melaporkan maklumat mengenai telefon baharu yang akan dilancarkan.
Imej ini tidaklah menceritakan perkara baharu namun ia mempamerkan bahagian sisi bezel yang nipis di sekeliling hadapan telefon.
Mengenai spesifikasi Pixel 5, ia bakal dijana Snapdragon 765G, skrin 6 inci 90Hz FHD+ OLED, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Baterinya pula berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Selain Pixel 5, Google turut melancarkan Pixel 4a 5G, Chromecast baharu, dan juga beberapa alat pintar lain.
Jika anda berminat dengan telefon pintar Pixel 5 dan Pixel 4a 5G, boleh saksikan pelancaran rasminya pukul 2 pagi nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=Aw49KOEeVnQ&ab_channel=Engadget
Sumber: Jon Prosser
Berkaitan
- Reaksi Awal Huawei Mate 30 Pro 5G - Bukan Hanya Sekadar Saduran Teknologi Rangkaian Baharu
- Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 - 6.8" AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
- Senarai Peranti Bawah RM1,500 Dengan Pembesar Suara Stereo Mantap
- iPhone 12 Alami Masalah Rangkaian LTE Dan 5G Terputus Ketika Memandu
- Powerbeats 4 Dilancarkan - Bateri Sehingga 15 Jam, Kualiti Audio Seperti Powerbeats Pro Yang Lebih Mahal
- realme C35 Dengan Cip Unisoc Akan Tiba 10 Februari
- Google Photos Hadir Dengan Fungsi Gambar 3D Melalui Pembelajaran Mesin
- Realme 5S Dilancarkan Di Malaysia - Kemaskini Kepada Realme 5 Dengan 48MP Kamera
- iOS 12.4.6 Dilepaskan Untuk iPhone 5s, 6 Dan Model iPad Lama
- Bila ASUS ROG Phone 5 Jadi Sebuah Mesin Konsol Retro Terbaik