Google Pixel 4 Bakal Hadir Dengan Tiga Warna Pilihan

Serba-serbi pendedahan mengenai Pixel 4 sudah pun kita ketahui dan menjelang hari pelancaran yang bakal dilangsungkan pada 15 Oktober nanti, kini perkhabaran mengenai warna pula timbul.

Tiga warna yang bakal menjadi perhiasan visual kepada generasi terbaru Pixel adalah putih, hitam dan oren. Seperti sebelum ini, Google akan memberikan nama yang cukup menarik untuk kepada pilihan warna dan untuk edisi akan datang, ia akan dinamai sebagai Clearly White, Just Black (nama sama seperti Pixel 3) dan Oh So Orange.



Buat pengetahuan semua, Google sedia menggunakan nama-nama unik ini bagi warna-warna pada peranti Pixel; Kinda Blue, Not Pink dan Very Silver. Terdapat juga laporan menyatakan Pixel 4 akan turut ditawarkan dengan warna biru.



Mungkin anda berminat untuk mendapatkan Pixel 4 akan datang, warna manakah yang menjadi pilihan untuk dimiliki?

Sumber: GSMArena