Google Pixel 3A Dinobatkan Sebagai Peranti Paling Lasak Dalam Anugerah Ketahanan Peranti JerryRigEverything

Nama JerryRigEverything mungkin sudah tidak asing lagi buat para pencinta gajet terutamanya peminat video ujian ketahanan telefon pintar di laman Youtube.


Kredit : JerryRigEverything


Baru-baru ini, beliau telah memuat naik video yang bertajuk “ Smartphone Durability Awards 2019” di akaun Youtube miliknya. Beliau yang sememangnya terkenal dengan menguji ketahanan peranti, dan dengan adanya anugerah ini ia akan memudahkan para pengguna memilih peranti yang mempunyai binaan lebih berkualiti.

Peranti Paling Mudah Diperbaiki - Google Pixel 3A.



Kredit : JerryRigEverything


Dilancarkan pada pertengahan tahun lalu, peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan pertama dari Google Pixel. Menurut Jerry, bahagian belakang peranti ini dibina dari plastik dan paparannya boleh dibuka dalam masa 5 minit sahaja. Binaannya juga agak ringkas dan tidak mempunyai jumlah skru yang banyak.

Peranti Paling Sukar Dibaiki - Royole Flexpai/Siri iPhone 11.



Kredit : JerryRigEverything


Peranti boleh lipat ini dikatakan amat sukar diperbaiki terutamanya jika ia bengkok, amat sukar untuk mengembalikan bentuk asalnya. Binaannya juga amat rapuh dan bahan gantian bagi peranti ini sukar dicari.



Kredit : JerryRigEverything


Siri iPhone 11 juga turut menyertai dalam kategori ini. Menurut Jerry, walaupun paparan siri iPhone 11 mudah dibaiki, dari segi kesuluruhan ia merupakan peranti yang amat sukar untuk dibaiki.



Peranti Paling Inovatif - Nubia Z20/Samsung Galaxy Fold.



Kredit : JerryRigEverything


Nubia Z20 dipilih oleh jerry sebagai peranti paling inovatif pada tahun lalu. Menurut Jerry, ia merupakan peranti yang mempunyai inovasi yang realistik dan tidak rapuh seperti Galaxy Fold. Hadir dengan dua skrin pada bahagian depan dan belakang peranti, ia juga mempunyai fungsi untuk menjadi seperti sebuah “projector”.


Kredit : JerryRigEverything


Walaupun ia mempunyai pelbagai isu seperti kerapuhan pada bahagian skrin, Samsung Galaxy Fold sememangnya peranti yang cukup inovatif yang tiada pada peranti lain.



Rekaan Dalaman Tercantik - Samsung Galaxy A80.



Kredit : JerryRigEverything


Menurut Jerry, walaupun kebanyakan peranti pada tahun lalu hadir dengan “motorized camera”. Namun Samsung A80 mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi sistem kamera bermotor ini.



Peranti Paling Rapuh - Redmi Note 7/Google Pixel 4.



Kredit : JerryRigEverything


Redmi Note 7 menjadi peranti paling rapuh dalam anugerah ini. Ia mempunyai masalah kerapuhan bahagian paparan dan juga belakang peranti.



Kredit : JerryRigEverything


Tempat kedua pula menjadi milik Google Pixel 4XL di mana ia mempunyai rekaan yang amat rapuh. Dalam ujian ketahanan oleh Jerry, peranti mercu keluaran Google ini mudah bengkok dan patah,



Peranti Paling Lasak 2019 - Google Pixel 3A.



Kredit : JerryRigEverything


Menurut Zack, peranti kelas pertengahan keluaran Google ini amat lasak. Hadir dengan rekaan plastik dan ia sememangnya tahan walaupun dibengkokkan. Ia juga amat snang untuk diperbaiki terutamanya pada bahagian paparan.

Sumber : JerryRigEverything