Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max

Pada 25 September lalu, kami pernah melaporkan mengenai pengiktirafan yang diterima oleh iPhone XS Max sebagai telefon pintar dengan paparan skrin terbaik dari DisplayMate.

Bagaimanapun, peranti Apple berkenaan kemungkinan besar tidak mampu bertahan lama di takhta tersebut. Ini kerana, berdasarkan satu kicauan di laman Twitter rasmi @DisplayMate, Google Pixel 3XL telah pun menerima penarafan A+ tertinggi.

https://twitter.com/DisplayMate/status/1049697295996989440

Ia secara tidak langsung menjadikan peranti yang baru dilancarkan itu sebagai 'raja paparan' terbaru di dunia telefon pintar. Menurut DisplayMate lagi, satu artikel yang lebih mendalam akan dikeluarkan pada 15 Oktober ini.

Google Pixel 2 XL sebelum ini menerima beberapa rungutan mengenai paparannya. Maka berita terbaru ini sedikit sebanyak menarik minat pengguna peranti tersebut untuk mencuba sendiri kualiti paparan yang ada pada model Pixel 3 XL kali ini.

 

Sumber : Android Police   @DisplayMate