Google Pixel 3 XL Dilancarkan Secara Rasmi, Mempunyai Skrin Paparan Lebih Besar & Kamera Utama Berlensa Tunggal

Akhirnya, peranti dari Google yang ditunggu ramai, Pixel 3 XL telah pun diperkenalkan secara rasmi. Seperti model-model sebelum ini, Google turut menampilkan pelbagai ciri dan fungsi menarik pada peranti premiumnya kali ini.

Yang pertama, Google Pixel 3 XL(dan Pixel 3) merupakan peranti pertama yang hadir dengan sistem Android 9 Pie dari dalam kotak., seperti dijangka.

Namun, apa yang menarik perhatian kami ialah ciri kameranya. Google Pixel 3 XL ini hadir dengan kamera swafoto dwi-lensa(8MP f/1.8+8MP f/2.2), namun masih mengekalkan lensa tunggal pada kamera utama(12.2MP f/1.8).

Tapi, harus diingatkan bahawa Google Pixel terkenal dengan kualiti gambar yang menawan walaupun menggunakan satu lensa pada kamera belakangnya. Oleh itu, kita boleh menjangkakan perkara sama berlaku pada dua peranti baru Google kali ini.

Selain itu, Pixel 3 XL ini juga mempunyai saiz paparan yang lebih berbesar iaitu 6.3-inci, berbanding Pixel 3(5.5-inci). Seperti dijangka, paparan peranti ini akan dilengkapi dengan panel P-OLED, sama seperti Google Pixel 2XL dan Pixel 3.

Kapsyen: Pixel 3 dan Pixel 3 XL (Kredit : TheVerge) 


Akan tetapi, agak mengecewakan apabila melihat takuk "gergasi" yang diura-urakan sebelum ini adalah benar. Google bernasib baik kerana pengguna kini sudah boleh menerima rekaan berkenaan dengan lebih baik.

Tambahan pula, Pixel 3 XL turut telah penerima pengiktirafan IP68 yang memperakuinya sebagai sebuah peranti kalis air. Google Pixel 3 juga turut hadir dengan pensijilan ini.

Antara ciri lain yang ada pada peranti ini ialah sistem cip Snapdragon 845, memori 4GB RAM, simpanan dalaman 128GB, Corning Gorilla Glass 5 serta bateri berkapasiti 3,430mAh.

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL ini akan mula dipasarkan di pasaran US bermula 19 Oktober nanti dan dijangka akan mula 'terbang' ke pasaran-pasaran lain di seluruh dunia pada 1 November. Harga yang dicadangkan ialah $899(~RM 4,147) dengan tiga pilihan warna iaitu Clearly White, Just Black dan Not Pink.

Teruskan bersama kami di Wiser untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dua peranti terkini Google ini dalam masa terdekat.