Google Pixel 3 Boleh Dipra-tempah Bermula 9 Oktober, Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Baru

Google telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis untuk memperkenalkan secara rasmi peranti Google Pixel 3 dan Pixel 3XL pada 9 Oktober ini.

Malah, menurut laporan BGR, Google dikatakan akan terus membuka pra-tempahan bagi telefon pintar berkenaan sejurus selepas majlis tersebut selesai. Hal ini kerana Google didakwa sudah menghantar kiriman e-mel kepada beberapa pelanggannya mengenai perkara itu.



Pada awalnya, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL ini dilaporkan akan hadir dengan tiga pilihan iaitu Hitam, Putih dan Aqua. Ini berdasarkan satu imej GIF yang terdedah di internet sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut laporan yang terkini dari Android Headlines, satu lagi warna yang digelar 'Sand' akan dikeluarkan. Sand ialah warna yang seakan merah jambu lembut. Mungkin Google mahu menarik golongan wanita untuk memilikinya.

Kredit : Android Headlines


Bagaimanapun, seperti biasa, Google Pixel 3 dan Pixel 3XL ini mungkin agak sukar untuk didapati di pasaran tempatan. Namun, kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya ada maklumat terkini mengenainya di masa akan datang.

 

Sumber : BGR    Android Headlines