Google Pixel 2 & Pixel 2 XL Tidak Lagi Dijual Di Google Store

Walaupun tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia, model Google Pixel boleh dikatakan mempunyai reputasi hebat di negara ini.

Selain dari kedai fizikal, Google menawarkan peranti Google Pixel ini menerusi gedung atas taliannya, Google Store.

Kapsyen: Android Police


Akan tetapi, bagi pengguna yang berminat mendapatkan model Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL, anda tidak akan lagi dapat melihat peranti berkenaan ditawarkan di Google Store ketika ini.

Ia secara tidak langsung memberi gambaran mengenai pelancaran Google Pixel 3A yang didakwa akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Google Pixel 3A dikatakan akan mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding Pixel 3 seperti cip kelas pertengahan serta panel skrin LCD.

Kita mungkin akan mendengar lebih banyak mengenainya dalam masa beberapa minggu mendatang.

 

Sumber: Android Police