Google Photos Diberi Penambahan Berkongsi Gambar Dengan Sambungan 2G

Aplikasi Google Photos bukanlah aplikasi pertama yang berada di dalam senarai kemaskini dari Google. Baru-baru ini kita juga telah diperlihatkan dengan kemaskini penambahan fungsi di aplikasi seperti Google Maps, membenarkan pengguna kongsi lokasi sebenar, informasi tentang tempat letak kereta, kemudian kita dapat lihat Google Allo juga menambah sokongan dokumen.

Google Photos hari ini juga mendapat kemaskini yang memudahkan pengguna berkongsi gambar ketika berada di dalam situasi sambungan 2G. Kemaskini ini ditawarkan untuk iOS dan Android. Apabila pengguna berkongsi sesuatu gambar dengan sambungan internet yang rendah, Google akan memuat naik gambar tersebut di dalam format pre-tonton yang ringan.

Penerima mesej gambar tersebut akan dapat melihat paparan gambar di dalam resolusi yang rendah, didakwa mereka sudah cukup memadai. Selain daripada itu, Google Photos juga diberikan wajah baru memudahkan lagi pengguna menguruskan backup gambar dan video bersama bunyi notifikasi.

Sumber