Google Perkenalkan Komputer Riba Harga Bajet, Pixelbook Go

Pixelbook kembali dalam bentuk komputer riba.


Jika sebelum ini Pixelbook ditawarkan dalam bentuk tablet, kini Google mengembalikan semula Pixelbook ke dalam bentuk komputer riba menerusi Pixelbook Go.

Dengan reka bentuk baru, Pixelbook Go dilengkapi dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core m3, i5 atau i7, menyokong kapasiti  memori sehingga 16GBRAM dan storan dalaman bersaiz dari 64GB sehingga 256GB.

Hampir menyerupai rekaan komputer riba Apple macbook Air, ia turut dilengkapi skrin bersaiz 13.3 inci (1920 x 1080) atau pilihan 4K (3840 x 2160), kamera hadapan 2MP (60 fps 1080p video) serta ciri pengecasan pantas menerusi sambungan USB-C.

Kapsyen: Pixelbook Go dikuasakan oleh Chrome OS.


Menurut Google, dalam masa hanya 20 minit cas, Pixelbook Go mampu beroperasi sehingga 2 jam lamanya.

Berikut adalah variasi pilihan Pixelbook Go:-

  • USD649 -  8GB RAM, 64GB SSD, FHD, 8th Gen Intel Core m3

  • USD849 -  8GB RAM, 128GB SSD, FHD, 8th Gen Intel Core i5

  • USD999 -  16GB RAM, 128GB SSD, FHD, 8th Gen Intel Core i5

  • USD1,399 -  16GB RAM, 256GB SSD, UHD, 8th Gen Intel Core i7


Pixelbook Go sudah pun boleh di pra tempah menerusi laman Google Store. Tetapi terhad untuk pasaran A.S sahaja buat masa ini.

Info lanjut, sila layari laman muka Google Pixelbook Go.

https://www.youtube.com/watch?v=HaUs5GqFTIo