Google Perkenal Shadow Art, Permainan Berasaskan Kecerdasan Buatan

Bagi yang merayakan Tahun Baru Cina, malam ini merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu bersama kaum keluarga.

Bagi memeriahkan lagi musim perayaan dan cuti ini, Google mengambil kesempatan dengan memperkenalkan eksperimen kecerdasan buatan dikenali sebagai Shadow Art.

Ia merupakan permainan berasaskan pelayar web yang mempunyai ciri haiwan-haiwan zodiak dan seni wayang kulit.

Untuk memainkannya, anda perlu membuat membentukkan tangan mengikut gambaran yang dipaparkan pada skrin seperti dibawah.



Bagi anda yang sedang mencari permainan untuk dimainkan bersama keluarga dan sahabat yang lain, bolehlah mencuba Shadow Art.

Berkaitan