Google Perkenal 'Playable Ads', Bolehkan Pengguna Android Cuba Game Sebelum Muat Turun

Google memperkenalkan satu alat baru untuk pembangun aplikasi permainan Android iaitu 'Playable Ads'. Ringkasnya, 'Playable Ads' ini merupakan satu format iklan yang membolehkan pengguna mencuba dahulu permainan di dalam iklan sebelum memuat turun dan memasangnya di dalam telefon.

Sudah tentu, permainan yang diberi cuba tidak penuh tetapi cuma versi ringan bagi membolehkan pengguna merasai terlebih dahulu permainan tersebut.

Bagaimanapun, format iklan baharu ini dilihat bakal merubah cara pengguna Android memilih permainan untuk dipasang.

Jika diteliti, format iklan ini sudah pun diguna pakai oleh beberapa agensi pengiklanan lain dan berjaya menarik minat pembangun aplikasi permainan. Jadi, tidak pelik mengapa Google mengikut jejak langkah yang sama.