Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google one

Google One Kini Hadir Dengan VPN Buat Pelanggan 2TB

Diterbitkan Oktober 30, 2020 oleh Amsyar Latif

Perlindungan privasi dan data pengguna semasa dalam talian sangat penting pada hari ini. Kebanyakan pengguna menggunakan VPN ketika melayari internet.

VPN sudah lama hadir di pelayar Firefox dan Opera. Kini, Google menawarkan VPN percuma buat penggunanya yang melanggan Google One khas untuk pengguna 2TB.

Google One Kini Hadir Dengan VPN Buat Pelanggan 2TB

Jika anda melanggan pelan ini bersama rakan mahupun keluarga, mereka juga akan menerima fungsi VPN ini. Akan tetapi terhad kepada pengguna Android dan tidak ditawarkan lagi kepada iOS.

Google One juga mempunyai ciri untuk melakukan backup pada peranti pintar anda dan ia berbaloi untuk memilikinya.

Google One Kini Hadir Dengan VPN Buat Pelanggan 2TB

Buat masa ini, VPN ini akan tersedia dalam beberapa minggu lagi buat pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.

Google juga akan meluaskan lagi fungsi ini kepada pengguna Windows, Mac dan iOS serta negara-negara lain pada masa akan datang.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY