Google Mungkin Wujudkan Pixel Kelas Pertengahan Pada Musim Panas Ini

Kalau ditanya peranti Android mana yang boleh memberikan saingan terus kepada iPhone, siapa lagi kalau bukan Google sendiri yang mengeluarkan peranti Pixel. Telefon pintar Pixel menampilkan spesifikasi yang hebat tetapi bukan faktor itu yang membuatkan peranti Pixel menonjol dari peranti Android lain.



Sokongan perisian terus dari Google membuatkan Pixel antara telefon pintar pertama yang mendapat kemaskini sistem perisian Android. Ditambah dengan hasil gambar yang menakjubkan dihasilkan oleh lensa tunggal dari Pixel, membuatkan peranti ini mendapat perhatian orang ramai.

Namun dengan tag harga yang tinggi dan cara jualan atas talian membuatkan peranti ini sukar dilihat di sekeliling kita. Tetapi kalau dilihat dari laporan dari Economic Times, Google mungkin berminat untuk mengeluarkan peranti kelas pertengahan di  pasaran India.

Jika benar, orang ramai berpeluang memiliki telefon pintar yang boleh diintegrasikan dengan ekosistem Google yang merangkumi antaranya Gmail, Google Drive dan YouTube dengan harga yang lebih rendah.