Google Mungkin Buang Butang "Back" Pada Android Q

Ciri sentuhan untuk navigasi pada telefon pintar sudah mula berkembang dalam kalangan pengeluar.

Umum mengetahui bahawa Android Q bakal membawakan sistem dengan mod gelap dan terkini, XDA Developers menyatakan butang back bakal dibuang darinya.

Pada Android Pie, terdapat dua butang navigasi dibahagian bawah iaitu Back, dan butang Home yang disebut sebagai "pill".

Berdasarkan binaan awal Android Q, navigasi untuk berpatah balik dalam sesuatu aplikasi, pengguna perlu sentuh pada butang Home itu dan buat sapuan ke kiri.

Bagi pertukaran antara satu aplikasi ke aplikasi yang lain pula, ia lebih kurang sama seperti sentuhan sedia ada (Android Pie) tetapi animasinya lebih lancar.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=120&v=PCM2SR5pDn4

Sumber: XDA Developers