Google Mohon Maaf Berkenaan Akaun Google Yang Tiba-tiba Di Log Keluar

Sejak hari Khamis yang lepas, dilaporkan terdapat akaun Google yang “ter”log keluar secara sendiri.

Hal ini membangkitkan kebimbangan terhadap pemilik akaun berkenaan kerana beranggapan akaun Google mereka telah digodam.

Hari ini Google telah memberi maklum balas dimana kes tersebut terjadi berikutan kerja-kerja selenggara yang dijalankan oleh mereka.

Menurut syarikat itu lagi, pemilik akaun tidak perlu khuatir kerana ia tidak melibatkan serangan pengodam sepertimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Mereka turut berjanji bahawa keselamatan akaun Google pengguna akan sentiasa berada ditahap yang selamat.

Sebelum ini pihak Google telah menerima laporan mengenai akaun Google yang dilog keluar secara tiba-tiba. Disebabkan itu, servis-servis seperti:
• Gmail,
• Chromecast,
• YouTube, dan
• Google Play

sedikit terganggu dan menyebabkan kerisauan pengguna. Terdapat juga laporan masalah itu telah menyebabkan Google WiFi serta peranti OnHub bertukar ke tetapan kilang secara automatik.

Google turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh para pengguna.