Google Menyambar Bekas Arkitek Cip Apple Untuk Sistem Cip Pixel

Syarikat teknologi di bawah Alphabet itu dikatakan telah mendapatkan Manu Gulati, seorang pekerja yang telah bekerja di kampus Apple di California selama 8 tahun untuk membangunkan sistem cip untuk peranti Pixel dalam masa akan datang.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan akaun profil Linkedln Gulati yang menunjukkan dia telah digaji oleh Google sejak bulan April.

Bukan Manu Gulati sahaja yang akan diambil oleh Google malah sebilangan pakar industri akan menyertainya di Mountain View, fasiliti Google di California.

Gulati merupakan pencipta untuk 15 sistem cip berpaten oleh Google dan boleh dikatakan telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan beberapa rekaan cip yang digunakan oleh peranti Apple seperti iPhone, iPad dan Apple TV.

Khabar ini akan menguatkan lagi dakwaan bahawa Google sedang berusaha untuk menghasilkan sistem cip mereka sendiri.

Sebelum ini, peranti seperti Google Pixel bergantung kepada sistem cip keluaran Qualcomm Snapdragon.

Dengan Samsung dan Xiaomi sudah pun menghasilkan sistem cip mereka untuk peranti telefon pintar mereka, ruang cip pemprosesan bakal menjadi sengit dan tidak lagi dikuasai oleh Apple dan Qualcomm seperti kebiasaan.

Sumber