Google Menghentikan Servis Gmail Untuk Versi Lama Chrome, Window XP dan Window Vista

Google semalam telah mengumumkan Gmail akan menghentikan servis mereka untuk versi Chorme yang lama menjelang akhir tahun ini. Mereka juga turut mengesahkan pengguna yang masih menggunakan Window XP dan Window Vista turut akan terkesan.

Google memberitahu Chrome versi 55 yang terbaru mempunyai beberapa kemaskini sekuriti yang penting dan mereka menggalakkan pengguna mengemaskini kepada versi Chrome terbaru. Menurut Google lagi, semua pengguna Gmail akan menerima notifikasi kemaskini ke versi terbaru jika anda pengguna browser Chrome versi 53 dan ke bawah.

Memandangkan Google sendiri sudah menghentikan sokongan terhadap Window XP dan Window Vista, Google menyarankan pengguna Window versi lama berpindah ke versi baru yang lebih selamat dari segi sekuriti dan mempunyai sistem yang disokong. Setakat ini, versi 49 adalah versi terakhir yang dikeluarkan untuk sokongan sistem operasi Gmail baru ini.

Pada masa ini, fungsi Gmail masih diteruskan di browser Chrome versi 53 sehingga hujung tahun ini. Pengguna versi lama mungkin akan dibawa ke format versi HTML seawal Disember ini.
Sumber: The Verge, Gadget 360