Google Menghasilkan Potrait Margaret Hamilton Seluas 1.4 Batu Persegi Menggunakan Cermin Dan Bulan

Beliau adalah tokoh yang mengetuai pasukan pembangunan perisian penerbangan misi Nasa Apollo ke angkasa lepas.


Sempena sambutan ulang tahun ke-50 kejayaan manusia mendarat ke bulan minggu ini, Google telah meraikannya dengan menghasilkan potrait Margaret Hamilton Seluas 1.4 Batu Persegi di Gurun Mojave.

Potrait tersebut dibuat dengan menggunakan lebih daripada 107 ribu cermin dari Fasiliti Solar Ivanpah yang terletak di dalam Gurun Mojave dan juga dengan bantuan sinaran cahaya bulan.

Kapsyen: Perbandingan saiz keluasan potrait dengan menara Eiffel.


Margaret Hamilton merupakan tokoh wanita yang bertanggungjawab mengetuai pasukan pembangun perisian penerbangan yang digunakan dalam kesemua misi Nasa Apollo ke angkasa lepas.

Ia termasuklah misi Apollo 11  yang menerbangkan 3 angkasawan ke angkasa lepas pada 16 Julai 1969, seterusnya mendaratkan kapal angkasa yang dinaiki Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins itu di atas bulan.

Beliau yang kini berusia 82 tahun telah dianugerahkan pingat Presidential Medal of Freedom oleh Barrack Obama atas bakti beliau itu. Dikatakan, misi bagi membawa manusia pertama kali ke bulan telah melibatkan tenaga kerja seramai 400,000 orang.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=B7CnVGtd1_Y