Google Menganggarkan Sebanyak 1.9 Bilion Nama Pengguna Berada Di Pasaran Gelap

Satu kajian yang dijalankan oleh Google bersama Universiti of California, Berkeley telah mendapati yang 1.9 bilion nama pengguna dan kata kunci telah berada di dalam pasaran gelap.

25% dari jumlah tersebut pula boleh mengakses akaun Google yang sebenar. Ini merupakan angka yang agak menakutkan kerana keselamatan data pengguna berada di tahap mebimbangkan. Salah satu penyebab kebocoran maklumat ini adalah pengguna menggunakan kata kunci yang sama untuk beberapa laman sesawang dan perkhidmatan.

Beberapa insiden yang melibatkan kebocoran maklumat telah berlaku seperti di tahun 2012 dimana kata kunci yang disulitkan Linkedln telah bocor ke Internet sementara serangan terhadap Yahoo menyebabkan hampir 3 bilion akaun terjejas.

Diingatkan sekali lagi yang pengguna agar tidak menggunakan kata kunci yang sama untuk beberapa servis Internet yang mereka langgan. Gunakan juga servis pengesahan 2 faktor untuk akaun penting anda. Dengan cara itu, keselamatan akaun anda lebih terjamin.

Sumber