Google hari ini telah mengaktifkan SOS Alert dengan kerjasama World Health Organization (WHO), untuk memastikan maklumat mengenai Coronavirus mudah diakses. Apabila anda membuat carian berkaitan di Google, anda akan mendapati SOS Alert 2019 Novel Coronavirus di bahagian atas dengan akses terus kepada berita utama Coronavirus, kemaskini Twitter dari WHO, bantuan dan maklumat serta tips keselamatan.
Bagi menyokong usaha tersebut, Google.org telah mengeluarkan geran langsung sebanyak $250,000 kepada Chinese Red Cross. Selain itu, pelancaran kempen dalaman untuk pekerja syarikat tersebut telah menerima lebih $800,000 sumbangan.
[embed]https://twitter.com/Google_Comms/status/1222991299667587073[/embed]
Pada masa ini, angka kematian akibat Coronavirus telah mencecah 213 orang dengan lebih 9230 orang positif Coronavirus. Dalam kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 30 Januari, terdapat 8 kes telah disahkan positif Coronavirus di Malaysia.
Terbaru, WHO telah mengisytiharkan Novel Coronavirus sebagai kecemasan kesihatan global. Menurut pengarah WHO, keputusan tersebut diambil kerana virus ini disahkan boleh merebak dari manusia kepada manusia di luar negara China dan bimbang dengan negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.
Sumber: The Verge, The Guardian
Berkaitan
- Google Lancar Nearby Share Untuk Peranti Android, Hadir Dengan Fungsi Seperti AirDrop
- Huawei Memperkenalkan Petal Maps - Aplikasi Seumpama Google Maps
- Google Kelak Bolehkan Pengguna Padam Akaun, Data Aplikasi Android Dengan Mudah
- Google Dilapor Mahu Gabungkan Organisasi Maps Dan Waze
- Amazon Tarik Diri Dari Menyertai MWC 2020 Berikutan Wabak Coronavirus
- Tiada Lagi Sokongan Google Play Untuk Android KitKat Mulai Ogos
- Google, Xiaomi, vivo Dan OPPO Dijangka Akan Lancar Telefon Boleh Lipat Pada 2021
- Tidak Seperti Dijangka, Google Tensor G2 Sah Masih Guna Cip 5nm
- Carian Lagu Di Google Kini Boleh Dilakukan Dengan Hanya Siulan Atau 'Humming'
- Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search