Kecacatan pada ciri privasi tersebut didakwa boleh menyebabkan aktiviti pengguna di atas pelayar tersebut dijejaki.
Sekumpulan penyelidik keselamatan dari Google mendakwa mereka menemui beberapa kecacatan kritikal yang ada pada ciri privasi dalam aplikasi pelayar Safari yang dibangunkan Apple.
Penyelidik Google itu mendakwa, ciri privasi dalam Safari sepatutnya melindungi pengguna daripada dijejaki. Walaubagaimanapun, sebaliknya didapati ia tidak berfungsi seperti yang dihebahkan Apple.
Isu ini kembali diperkatakan selepas kali pertama pada Ogos 2019 lalu Google telah memaklumkan Apple dengan mendakwa bahawa terdapat kecacatan kritikal pada ciri privasi yang dikenali sebagai Intelligent Tracking Prevention.
Ciri tersebut pertama kali diperkenalkan Apple dalam tahun 2017 lalu dengan tujuan melindungi privasi pengguna Safari daripada dijejaki oleh pengiklan dan kuki pihak ketiga.
Selepas daripada pendedahan itu, Apple telah memperbetulkan isu tersebut tahun lalu.
Google dalam satu kenyataan berkata,
“We’ve long worked with companies across the industry to exchange information about potential vulnerabilities and protect our respective users. “Our core security research team has worked closely and collaboratively with Apple on this issue. The technical paper simply explains what our researchers discovered, so others can benefit from their findings.”
Sumber: Financial Times
Berkaitan
- Model Mac Terbaru Dijangka Akan Diumumkan Apple - Gurman
- Apple Berjaya 'Pukau' Pengguna Android Beralih Ke iPhone Sejak Bertahun Dulu - Kajian
- Klon 'Apple Watch Series 7' Dilaporkan Muncul Di China
- Semak 6 Tetapan WhatsApp Yang Dapat Meningkatkan Keselamatan Data Dan Privasi Anda
- Apple Akan Menawarkan (PRODUCT)RED Untuk Apple Watch Series 5
- Tiada Lagi Model iPhone 14 Pro/Pro Max, Apple Turunkan Harga Model iPhone Terdahulu
- Apple Baik Pulih Isu FaceTime Dengan Kemas Kini Terbaru iOS dan iPadOS 13.4.1
- Chrome Bakal Miliki Ciri Kawalan Privasi Yang Telah Diperkenalkan Apple Pada Safari 2 Tahun Lalu
- Google Dakwa Pelayar Chrome M99 Mereka Kini Lebih Pantas Dari Safari
- Apple Memperbetulkan Isu 'Multitask' Dan Capaian Selular iPhone