Google Menarik Perkhidmatan YouTube Dari Peranti Amazon

Satu pertelingkahan telah berlaku pada Selasa lepas apabila Google berkata mereka akan menarik balik aplikasi video mereka, YouTube dari dua peranti Amazon.com Inc. atas sebab peruncit gergasi itu tidak menjual sebarang jenis perkakasan dari Google.

Amazon yang sebelum ini hanya terlibat dalam penjualan buku di atas talian telah mula memperluaskan portfolio perniagaan mereka dari pengkomputeran awam hingga ke peranti yang boleh dikawal dengan suara, Alexa dan Echo. Ini secara tidak langsung telah menjadikan Google dan Amazon sebagai pesaing utama dalam pasaran pengguna teknologi.



Google mengeluarkan kenyataan yang laman sesawang Amazon tidak menjual sebarang jenis produk Google seperti Chromecast dan Google Home, mereka juga tidak menyediakan servis Prime Video untuk pengguna Google Cast. Ini menyebabkan Google mengambil keputusan untuk tidak menyediakan sokongan aplikasi untuk Echo Show dan Fire TV. Google bagaimanapun berharap pihak Amazon dapat berbincang dengan pihak mereka bagi mencapai kata sepakat.



Sumber