Google Menampilkan Google Wifi Semasa Google Event Hari Ini





Tahun lepas Google tampil dengan router OnHub Wi-Fi. Tahun ini Google datang dengan Google Wifi (Walaupun secara penulisan rasmi,sepatutnya ia ditulis Wi-Fi).



Peranti 'access point' ini mempunyai rekaan silinder putih. Sangat ringkas. Antara ciri terbaru peranti ini adalah 'mesh-capable' dimana pengguna boleh menambah beberapa unit baru di dalam rumah anda untuk melebarkan liputan Wi-Fi anda. Ianya akan mula dipasarkan dengan harga $129, dan untuk 3-pack dengan harga $299.





Google WiFi juga bakal menampilkan aplikasi yang berupaya untuk mengawal 'hotspot'. Pengguna dapat mengawal akses Wi-Fi kanak-kanak dengan hanya menggunakan telefon pintar.



Router ini adalah peranti dengan sokongan 802.11ac bersama 2.4GHz dan 5GHz. Ianya juga mampu memberikan 900Mbps untuk sambungan 5GHz dan 300Mbps untuk sambungan 2.4GHz. Ianya juga mempunyai 2GB port Ethernet. Google Wi-Fi dibina dengan pemproses quad-core dengan saiz RAM sebanyak 512MB dan flash 4GB.







Anda boleh membaca artikel dari Wisermy tentang telefon pintar terbaru dari Google iaitu Pixel dan keupayaan Kamera Pixel.