Google Menambah Solitaire Dan Tic-Tac-Toe Di Ruangan Hasil Pencarian





Seperti yang kita tahu, Google gemar untuk mencantikkan enjin carian mereka dengan menggunakan beberapa interaktif yang cantik dan menarik seperti Google Doodles dan permainan ala ala Flappy Bird. Mereka juga gemar menukar susun atur di enjin carian mengikut tema seperti Olympic atau acara acara penting dunia.



Kini Google memperkenalkan dua permainan interaktif atau klasik iaitu Solitaire dan Tic-Tac-Toe.
Ianya dapat dimainkan di PC atau peranti telefon pintar. Permainan Solitaire akan memberi peluang kepada pengguna untuk memilih tahap kesukaran.



Jika anda lebih gemarkan permainan yang lebih ringkas, anda boleh mencari (tic-tac-toe) di enjin carian Google. Ianya mempunyai tiga tahap kesukaran iaitu easy, medium atau impossible .Anda juga boleh bermain dengan rakan anda dengan mod two-player.