Google Menambah Fungsi Penjadualan E-mel Pada Servis Gmail

Google merupakan satu syarikat gergasi dalam arena internet dunia. Mereka mempunyai beberapa platform dibawah kelolaan mereka seperti platform penstriman video Youtube dan servis e-mel Gmail. Kedua-duanya adalah merupakan pemangkin bagi industri masing-masing.

Walaubagaimanapun, Gmail masih lagi kekurangan beberapa fungsi penting dalam perkhidmatan yang disediakan. Antara fungsi yang masih belum tersedia pada laman Gmail ialah pengguna tidak dapat menjadualkan imej untuk dihantar.



Ianya hanya akan dapat dilakukan sekiranya pengguna Gmail menggunakan aplikasi dari pihak ke-tiga yang perlu dimuat-turun secara berasingan. Perkara ini dikatakan agak menyukarkan pengguna malah tidak semua aplikasi yang dimuat-turun berjaya berfungsi seperti yang diharapkan.

Dengan adanya fungsi ini nanti, pengguna tidak lagi perlu menunggu untuk masa yang sesuai bagi menghantar e-mel kepada penerima. Pihak Android Police yang telah mendedahkan berkenaan fungsi ini mendakwa, ia mungkin akan dapat digunakan seawal minggu ini atau selewat-lewatnya beberapa bulan mendatang.

Ini kerana mereka masih gagal untuk mendapatkan maklumat berkaitan tarikh sebenar pelancaran fungsi ini untuk kegunaan pengguna Gmail. Fungsi ini dilaporkan akan hadir pada laman sesawang Gmail di komputer serta aplikasi mudah alih mereka bagi peranti iOS dan Android.

Sumber