Google Menambah Arahan Suara Pada Aplikasi Google Maps



Google sentiasa mencipta fungsi atau ciri yang cool. Seperti contoh, menyebut "Ok Google" pada telefon pintar anda dan mengarahkan ia melakukan tugasan seperti mencari, menghantar mesej atau memainkan musik.



Terkini kemaskini Google App and Maps untuk android ditambah dengan arahan navigasi yang spesifik untuk menjadikan ia lebih baik ketika digunakan sewaktu memandu. Menurut laman blog Google Maps apabila anda masuk ke dalam mod navigasi atau mod memandu, anda hanya perlu menyebut "Ok Google" dan diteruskan dengan arahan suara tanpa perlu menyentuh atau melihat skrin paparan. Apabila melihat logo mikrofon berwarna putih anda pasti sudah tahu arahan suara boleh digunakan pada Google Maps.










Fungsi sistem yang lain seperti menghantar mesej, laporan kaji cuaca, dan mencari lokasi hotel yang berhampiran juga boleh diakses ketika menggunakan mod navigasi itu.





Sumber: Google Maps