Google Menamatkan Servis Google Translator Toolkit

Akan ditamatkan sepenuhnya pada 4 Disember 2019.


Google akan mengucapkan selamat tinggal kepada satu lagi servis mereka iaitu Google Translator Toolkit. Sebahagian besar pengguna mungkin tidak pernah mendengar servis ini.

Tetapi bagi mereka yang biasa menggunakannya, mereka terpaksa dengan berat hati menerima keputusan Google yang akan mula menamatkan servis ini pada 4 Disember ini.

Google Translator Toolkit  mula dilancarkan dalam tahun 2009 dahulu sebagai platfom pilihan kepada pengguna bagi mengalih bahasa.

Menurut Google, ketika awal kemunculannya sedekad lalu, belum banyak platfom yang menyediakan servis pengalih bahasa. Tetapi kini terdapat pelbagai platfom menyediakan servis pengalih bahasa seperti Google Translate.

Kerana itulah ia antara sebab Google mengambil keputusan untuk menamatkan servis Google Translator Toolkit. Malah semakin kurangnya pengguna menggunakan servis ini juga adalah antara sebab Google menamatkannya.

"...we’ve seen declining usage for Translator Toolkit over the past few years. So now, after many years and billions of words translated, we're saying goodbye to Translator Toolkit. A warm thank you to our users around the world."

Bagi mereka yang pernah atau masih aktif menggunakan servis Google Translator Toolkit, Google mengesyorkan penggunanya memuat turun data yang terdapat di dalam servis tersebut terlebih dulu.

Panduan memuat turun data-data servis Google Translator Toolkit ada disediakan oleh pihak Google.

Berkaitan