Google Memperoleh Keuntungan Sebanyak USD15 Bilion Menerusi YouTube Pada Tahun 2019

Google pertama kali mendedahkan perolehan tersebut kepada umum hari ini.


Buat pertama kalinya, Google LLC hari ini mendedahkan kepada umum perolehan keuntungan yang diperolehi mereka menerusi laman video YouTube.

Google mendedahkan, pada tahun 2019 mereka telah berjaya memperoleh keuntungan sebanyak USD15 bilion menerusi servis iklan-iklan yang dipaparkan di YouTube.



Pendedahan keuntungan yang diperolehi Google menerusi YouTube ini adalah pertama kali didedahkan kepada umum selepas mereka membelinya pada 2006 dahulu.

Google membeli YouTube selepas percubaan mereka memperkenalkan Google Videos pada 2005 dahulu gagal menarik perhatian pengguna. Selepas itu, nereka membuat keputusan berisiko dengan membeli YouTube pada harga USD1.65 bilion pada 2006 dahulu.

Walaupun pada awalnya pembelian Google ke atas YouTube didakwa adalah sangat berisiko oleh para penganalisis. Tetapi kini ia menjadi antara platfom penting kepada servis Google yang menjana keuntungan besar kepada syarikat.

Sumber: The Verge