Google Memperkenalkan Pixel 3 Dan Pixel 3 XL

Sudah jadi bualan berbulan lamanya, telefon pintar flagship kini telah rasmi dilancarkan pada Made by Google yang baru selesai tadi.



Hadir dengan nama Pixel 3 dan Pixel 3 XL kedua-duanya hadir dengan penambahan yang sangat menarik, terutama sekali dibahagian kamera.



Kedua-duanya hadir dengan skrin luas dan bezel yang lebih nipis berbanding model terdahulu. Sebelum ini, ia dikhabarkan hadir dengan rekaan takuk yang besar dan nampaknya ia telah menjadi kenyataan.

Kapsyen: Pixel 3 berukuran 5.5 inci manakala Pixel 3 XL 6.3 inci


Kamera pula menggunapakai lensa tunggal 12.2MP sementara dwi kamera selfie untuk kedua-dua peranti. Salah satunya adalah lensa sudut luas.

Tetapan kamera membawakan penambahbaikan kualiti gambar dengan ciri seperti Top Shot, seakan ciri burst untuk memilih gambar terbaik.

Ia diikuti dengan ciri Super Res Zoom dan Night Sight. Perbandingan rakaman gambar waktu kurang pencahayaan seperti dibawah.



Pixel 3 dan Pixel 3 XL masing-masing dijual pada harga $799 dan $899 untuk 64GB sementara tambahan $100 untuk storan bersaiz 128GB.

Spesifikasi Pixel 3 dan Pixel 3 XL

  • Android Pie 9

  • Snapdragon 845

  • RAM 4GB

  • Storan 64 dan 128GB

  • Dwi speaker talaan hadapan

  • Bateri 2915mAh dan 3430mAh

  • Port USB-C

  • Pengecasan pantas 18W

  • Pengecasan tanpa wayar Qi

  • Bluetooth® 5.0 + LE

  • NFC

  • Google Cast

  • Tiga pilihan warna