Google Memperkenalkan Fungsi 'Tap To Wake' Untuk Telefon Pixel

Google telah menambah fungsi 'Tap To Wake' untuk telefon flagship mereka hari ini. Pengguna boleh menggunakan sentuhan dua jari atau mengangkat telefon untuk menghidupkan paparan skrin dan melihat notifikasi dan lain-lain. Fungsi ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Pixel kerana sebelum ini Nexus 6P juga memiliki fungsi yang sama. Langkah ini juga boleh dikatakan bijak kerana pesaing utama mereka iaitu iPhone juga mengetengahkan fungsi yang sama dengan iOS 10.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna perlu pergi ke panel "General Setting" dan tekan "Moves". Di situ pengguna akan dapat melihat butang "Double-tap to check phone” dan “Lift to check phone”. Tarikh sebenar Pixel dipasarkan di Malaysia masih belum diketahui. Namun mengikut khabar angin, Pixel akan sampai di pasaran Malaysia mungkin di awal bulan Februari tahun hadapan.

Bersabarlah rakyat Malaysia.