Google Memperkenalkan Aplikasi Yang Membolehkan Pengguna Menonton Video YouTube Serentak Bersama Rakan

Sebuah syarikat startup Google iaitu Incubator Area 120 telah menampilkan aplikasi baru untuk platform iOS yang membolehkan pengguna menonton video YouTube secara serentak pada iPhone mereka. Aplikasi yang dipanggil Uptime ini membolehkan penonton untuk bersama-sama menonton klip video dan pada masa yang sama boleh berkomunikasi antara satu sama lain.

google-uptime-2

Ianya dilihat sebagai hub dimana pengguna dan rakan-rakan berkongsi dan menonton video di YouTube secara berkumpulan. Ketika ini Uptime hanya boleh didapati di pasaran US. Google tidak memberitahu dengan lebih lanjut tentang aplikasi ini akan dibuka ke pasaran lain. Ianya juga khas untuk peranti iOS sahaja.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=B-41qOT5zO8[/embed]

Sumber