Google Memisahkan Aplikasi Hangout Kepada 'Meet' Dan 'Chat'

Google telah mengumumkan aplikasi pemesejan Hangout akan berpecah kepada dua iaitu Hangouts Meet dan Hangouts Chat. Kedua-dua servis ini akan menyasarkan untuk memudahkan persidangan video, mesyuarat dan mesej secara berkumpulan dari setiap pelusuk dunia, seperti yang sedang diketengahkan oleh pesaing terbesar mereka, Slack dan Microsoft.

94fa33252ccbf693529a7ad3d0a66406

Hangouts Meet merupakan perkhidmatan persidangan video yang akan membenarkan sesebuah syarikat perniagaan membuat panggilan video skrin penuh di antara pekerja mereka dari seluruh dunia. Ianya boleh disertai sebanyak 30 orang dalam setiap panggilan video. Pengguna juga boleh memulakan mesyuarat dengan hanya berkongsikan pautan yang tidak memerlukan pendaftaran akaun atau muat turun daripada pengguna. Aplikasi ini boleh digunakan untuk iOS dan Android.

nexus2cee_bot-image_Z82a5RF.width-806

Manakala Hangout Chat pula lebih memfokuskan kepada aplikasi pemesejan secara berkumpulan. Apa yang membezakan aplikasi ini adalah mereka lebih memfokuskan keupayaan perkongsian dokumen antara rakan pejabat yang lain. Integrasi G Suite yang dimuatkan ke dalam aplikasi ini memudahkan pautan dokumen daripada servis Google yang lain. Hangout Chat juga mempunyai sokongan untuk bot dan pengguna boleh menulis skrip mereka sendiri. Seperti Lina dari Jobstreet.

Sumber