Hampir 600 Aplikasi Dari Google Play Store Dibuang Kerana Melanggar Polisi Iklan

Google juga menyekat aplikasi-aplikasi itu dari platfom Google Ad.


Google baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka telah membuang hampir 600 aplikasi Android dari Google Play Store selepas aplikasi-aplikasi itu didapati telah melanggar polisi iklan yang ditetapkan mereka.

"... we’re announcing nearly 600 apps have been removed from the Google Play Store and banned from our ad monetization platforms, Google AdMob and Google Ad Manager, for violating our disruptive ads policy and disallowed interstitial policy." Google.

Ia dimaklumkan oleh Per Bjorke, Pengurus Kanan Produk dan Kualiti Trafik Iklan Google menerusi laman Google Security Blog yang diterbitkan pada 20 Februari lalu bertajuk Disruptive ads enforcement and our new approach.

Dalam polisi mereka, Google menyatakan bahawa aplikasi-aplikasi yang dibangunkan mestilah tidak mengandungi iklan-iklan yang mengelirukan atau menipu pengguna.

"We define disruptive ads as ads that are displayed to users in unexpected ways, including impairing or interfering with the usability of device functions." Google

Setiap iklan yang dipaparkan juga mestilah hanya dipaparkan di dalam aplikasi sahaja serta iklan-ikaln itu mestilah adalah sebahagian daripada aplikasi tersebut.

Aplikasi-aplikasi Android khususnya yang percuma sememangnya banyak mengandungi iklan-iklan di dalamnya.

Walaubagaimanapun, sebahagian pembangun mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi polisi iklan Google menerusi iklan-iklan yang dimuatkan dalam aplikasi-aplikasi yang dibangunkan mereka bagi mengaut keuntungan mudah.

Malah ada yang sehingga memuatkan perisian hasad merbahaya menerusi iklan-iklan yang terdapat di dalam aplikasi bagi menipu seterusnya menggodam peranti pengguna.