Google Buang Aplikasi Dari Pembangun India Ini Daripada Play Store

Tindakan ke atas aplikasi yang didapati mengesan dan menyekat aplikasi dari China.


Perang pembangun aplikasi dari India terhadap aplikasi China menerima tindak balas daripada pihak Google selepas beberapa aplikasi yang dibangunkan mereka secara khusus bagi mengesan aplikasi dari China telah dibuang dari Play Store.

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan India telah mengharamkan banyak aplikasi- aplikasi dari China minggu lalu atas alasan keselamatan.

Aplikasi Chinese App Detector yang melonjak popular selepas lebih daripada 500,000 kali dimuat turun pengguna telah dibuang Google dari Play Store mereka.

Walaubagaimanapun, aplikasi itu masih berfungsi seperti biasa bagi mereka yang telah memuat turun dan memasangnya pada peranti pintar mereka.

Aplikasi Chinese App Detector bukanlah yang pertama dibuang dari Play Store. Sebelum ini aplikasi Remove Chinese Apps yang menjadi trending di India pada bulan Jun lalu  selepas dimuat turun lebih daripada 5 juta kali juga dibuang dari Google Play Store.

Sentimen anti China oleh India ini bukan hanya semata-mata kerana isu keselamatan data tetapi juga kerana pandemik Covid-19.

Sumber: SCMP