Google Membatalkan Niat Mendedahkan Lebih 100 Ribu Imej X-ray Tubuh Manusia

Berikutan kebimbangan isu privasi dan eksploitasi data.


Sebelum ini iaitu pada tahun 2017 lalu, Google telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Kesihatan Negara A.S bagi meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan.

Walaubagaimanapun, kerjasama tersebut dilaporkan telah dibatalkan baru-baru ini hanya 2 hari sebelum projek bersama antara 2 pihak itu iaitu projek yang akan memberikan akses secara terbuka kepada pengguna melihat lebih daripada 100,000 imej X-ray.

Projek tersebut dibatalkan secara mengejut berikutan kebimbangan isu privasi dan penyalahgunaan data terhadap institusi insurans.

Projek dari tahun 2017 itu pada asalnya adalah bagi memperlihatkan kecanggihan teknologi kecerdasan buatan dan perkomputeran storan awan Google.

"We take great care to protect patient data and ensure that personal information remains private and secure. Out of an abundance of caution, and in the interest of protecting personal privacy, we elected to not host the NIH dataset. We deleted all images from our internal systems and did not pursue further work with NIH." Google.

Sumber: cnet

Berkaitan