Google Matikan Servis Google Cloud Print - Tidak Lagi Boleh Digunakan Pada 1 Januari 2021

Pada tahun 2010, Google melancarkan perkhidmatan Google Cloud Print. Ia membenarkan pencetakan dokumen daripada mana-mana aplikasi yang menyokong Cloud Print seperti Google Docs, sehinggalah kepada pencetak yang menyokong rangkaian awanan.

Ia dilihat satu solusi yang agak mudah ketika mana pada waktu itu penyambungan pencetak kepada komputer memerlukan pemasangan perisian atau pemacu khas. Namun, umur tidak panjang. Ajal menjemput jua akhirnya. Untuk yang mahu lagi menggunakan Cloud Print, anda hanya boleh menggunakannya sehingga 31 Disember 2020 sahaja.

"Cloud Print, Google’s cloud-based printing solution that has been in beta since 2010, will no longer be supported as of December 31, 2020. Beginning January 1, 2021, devices across all operating systems will no longer be able to print using Google Cloud Print. We recommend that over the next year, you identify an alternative solution and execute a migration strategy." Kenyataan Google.

Bermula 1 Januari 2021, Cloud Print tidak lagi bernyawa dan Google sendiri meminta pengguna mencari solusi lain untuk mencetak dokumen. Dengan ketiadaan Google Cloud Print, ia menambah bilangan dalam senarai aplikasi dan servis yang dimatikan Google.

Sumber: Google