Google Memarahi Samsung Kerana Menjadikan Model Galaxy A50 Lebih Mudah Digodam

Ia berikutan perubahan yang dibuat ke atas sistem Android pada telefon pintar Samsung tersebut.


Google telah memarahi Samsung kerana mereka didapati telah mengubah kernel sistem Android pada model telefon pintar keluaran mereka sehingga menyebabkan telefon pintar mereka mudah digodam.

Secara khsusunya terhadap model Samsung Galaxy A50 (A505FN).

Ia dikesan oleh pasukan keselamatan Google, Project Zero yang telah melaporkan penemuan pepijat serius sehingga menyebabkan eksploitasi terhadap memori dalam telefon pintar keluaran Samsung itu.

"The Samsung kernel on the A50 contains an extra security subsystem (named "PROCA", short for "Process Authenticator", with code in security/proca/) to track process identities. By combining several logic issues in this subsystem (which, on their own, can already cause a mismatch between the tracking state and the actual process state) with a brittle code pattern, it is possible to cause memory unsafety by winning a race condition." Project Zero.

Pada akhir laporan oleh Project Zero, mereka meyimpulkan bahawa ciri tambahan seperti kustomasi yang diperkenalkan Samsung adalah tidak diperlukan.

"In my opinion, some of the custom features that Samsung added are unnecessary..." Jann Horn, Project Zero.

Adalah menjadi kebiasaan pengeluar akan melakukan sedikit modifikasi ke atas sistem Android.

Walaubagaimanapun, tindakan itu akan boleh menyebab ciri keselamatan yang dimuatkan Google ke dalam sistem Android menjadi rapuh.

Sekaligus menyebabkan peranti-peranti pintar Android keluaran syarikat-syarikat tersebut lebih terdedah kepada isu penggodaman.

Berkaitan