Google Melewatkan Pelancaran Android Wear 2.0 Ke Tahun Depan







Google dengan rasminya mengumumkan pelancaran Android Wear 2.0 akan dilewatkan ke tahun depan. Google juga mendedahkan ianya akan datang dengan Google Playstore dimana pengguna dapat memuat turun aplikasi dari Google Playstore ke Android Wear secara terus tanpa telefon pintar.



Selain daripada Play Store, Android Wear 2.0 juga mengumumkan pada bulan May yang lepas, jam ini akan memperlihatkan interface yang baru yang dipanggil 'Complication' yang memaparkan papan kekunci untuk menhantar mesej dan pelbagai lagi.



Setakat ini, Google belum lagi mengumumkan tarikh rasmi ianya dilancarkan. Sama-sama kita nantikan.