Google Meet Kini Tersedia Sepenuhnya Untuk Gmail Bagi Peranti Android

Dengan peningkatan penggunaan sidang video, Google telah menambah Google Meet dalam beberapa produk syarikat itu. Antaranya adalah penambahan tab Meet dalam aplikasi Gmail untuk Android dan iOS.

Pada pertengahan bulan lalu, Gmail telah dikemaskini dengan penambahan tab Meet untuk peranti iOS.

https://twitter.com/gsuite/status/1291479162243428354

Setelah itu, ia mula dilepaskan secara berperingkat pada peranti Android. Kini, Google mengumumkan Google Meet telah tersedia sepenuhnya dalam Gmail untuk peranti Android.



Meet dalam Gmail ini membenarkan pengguna untuk memulakan mesyuarat, menyertai sidang video dengan hanya memasukkan kod, atau menyertai sidang video akan datang secara berjadual di Google Calendar tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut.

Pengguna juga boleh memilih untuk menyembunyikan tab Meet di dalam aplikasi Gmail pada bahagian Settings dengan membatalkan pilihan “Show the Meet tab for video calling” di bawah "Meet".

Sumber: Twitter G Suite