Peranti Android termasuk telefon pintar dan komputer tablet menghantar data lokasi ini ke pelayan utama Google apabila pengguna menghampiri menara telekomunikasi selagi peranti masih berhubung dengan rangkaian selular atau rangkaian Wi-Fi.
Tetapi data lokasi ini tidaklah setepat jika dibandingkan dengan data lokasi yang membenarkan fungsi lokasi.
Soalan diajukan kepada Google dan jurucakap mereka berkata program ini merupakan sebahagian cara untuk meningkatkan kelajuan mesej yang dihantar seperti mesej teks dan makluman. Google juga berkata yang data lokasi ini tidak disimpan terus ke dalam pelayan mereka.
Google menambah lagi yang program ini akan ditamatkan sebelum tahun 2018 bermula. Data lokasi boleh digunakan oleh Google atau sesiapa yang mendapat aksesnya untuk mengesan lokasi seseorang menggunakan teknik segitiga atau 'triangulation'. Teknik ini boleh mengesan lokasi sesebuah peranti dengan ketepatan dalam jarak ±0.4 km.
Berkaitan
- Ada Ciri 'Recycle Bin' Dalam Android 12
- LG Mungkin Akan Dipilih Menghasilkan Peranti Terbaru Google Pixel XL
- Google Dituduh Membenarkan Pihak Ketiga Membaca Kandungan Gmail Pengguna
- ARCore Semakin Dekat Untuk Dilancarkan Oleh Google
- Android P.. Apa Pula Selepas Oreo?
- Instagram Sedang Menguji Fungsi 'Follows You' Untuk Android
- Cara Elak Panggilan Spam Menggunakan "Verified Calls" Di Android
- Sistem Operasi Terbaru Google Masih Menyokong Aplikasi Android
- Google Workspace Kini Boleh Diakses Secara Percuma
- Google Memperkenalkan Program Perlindungan Khusus Untuk Akaun Berprofil Tinggi