Google Maps Versi "Ringan" Diperkenalkan

Jika sebelum ini Google mengumumkan penawaran sistem operasi Android Go untuk telefon pintar berspesifikasi rendah serta disusuli dengan beberapa aplikasi lain seperti Google Go dan Files Go.

Kini Google nampaknya menambah satu lagi aplikasi bagi ke dalam versi "Go" iaitu Google Maps Go. Ia berfungsi sama seperti aplikasi asal tetapi dibangunkan untuk telefon pintar kelas bawah yang mempunyai ruangan memori terhad dan sambungan internet yang tidak begitu stabil.

Ia ditawarkan secara percuma dan bagi anda yang memiliki telefon pintar dengan spesifikasi rendah bolehlah mencubanya. Muat turun Google Maps Go.