Google Maps Untuk Apple Watch Kini Tersedia Melalui Kemaskini Terbaru

Google pada Ogos lalu telah mengumumkan Maps kembali ditawarkan pada Apple Watch setelah dikeluarkan dari iOS pada 2017. Ketika itu, Google menyatakan aplikasi Google Maps untuk jam pintar itu akan dilepaskan dalam beberapa minggu lagi. Kini, Google Maps untuk Apple Watch telah tersedia melalui kemas kini terbaru.

Maps untuk Apple Watch

Pada Apple Watch, Google Maps difokuskan untuk menyediakan anggaran waktu ketibaan (ETA) dan arahan untuk destinasi yang telah disimpan pada iPhone. Bagaimanapun, tiada pilihan untuk mendapatkan arahan secara terus dari Apple Watch.

Ini bermakna, pengguna perlu memulakannya dari telefon bagi lokasi yang masih belum disimpan dan kemudian menyambungnya dengan menggunakan Apple Watch.

Muat turun Google Maps boleh dilakukan melalui App Store di pautan ini.

Sumber: MacRumors