Google Maps Tambah Beberapa Ikon Dan Warna Baru, Jadikan Carian Lebih Pantas

Menggunakan aplikasi navigasi ketika memandu memerlukan daya penglihatan yang cekap dan pantas. Walaupun dibantu dengan arahan suara, kadang-kala kita masih lagi mahu melihat peta untuk lebih yakin dengan arah yang dituju.

Salah satu aplikasi navigasi popular, Google Maps dikatakan telah mengeluarkan kemaskini yang membawakan antaramuka pengguna baru. Menurut Google, ikon Explore, Driving, Transit akan lebih jelas dengan paparan informasi yang lebih spesifik.









Turut diberi nafas baru adalah warna yang melambangkan jenis lokasi seperti contoh, Jingga (lokasi makan dan minum), Biru gelap (pusat beli-belah), Merah (pusat kesihatan), Hijau (lokasi hiburan), Ungu( perkhidmatan), Kelabu (perkhidmatan awam dan ibadah), Biru (pengangkutan).



Terdapat juga ikon baru mengikut negara seperti contoh bank di Amerika Syarikat akan menunjukkan ikon dolar manakala bank di Britain menunjukkan ikon pound. Kemaskini dijangka penawarannya dalam beberapa minggu lagi.



Sumber: Google