Google Maps Menjadi Lebih Mudah Dengan Arahan Bergambar Dari Google Street View

Aplikasi navigasi sangat penting terutama bagi mereka yang hidup di bandar-bandar besar.

Ironinya, kita menggunakan aplikasi ini untuk mengelak daripada tersesat tetapi sebaliknya jika tersalah mendengar arahan kita mungkin tersesat jauh dari destinasi.

Apa fungsi arahan yang terdapat pada aplikasi navigasi?


  • Arahan suara




  • Peta dengan simbol arah yang bergerak




Tapi pernahkah anda terlepas masuk simpang?

Tersalah masuk simpang?

Pasti pernah, ia mungkin disebabkan jarak antara simpang yang terlalu hampir menyebabkan anda menjadi keliru.

Google kini bakal menyelesaikan masalah itu dengan menambah fungsi Street View pada aplikasi navigasi Google Maps.

Fungsi ini sangat membantu bagi pemandu di persimpangan yang agak kompleks (2-3 persimpangan yang hampir).

Melihat pada foto dibawah setiap arahan membelok akan disertakan imej kecil Street View (thumbnail).

maps

Jadi anda kini tahu simpang atau lorong mana yang perlu anda masuk.

Sedikit mengecewakan adalah, imej itu bersaiz kecil dan anda perlu menekannya untuk melihat dengan lebih jelas.

Ia agak berbahaya bagi pemandu solo. Jadi langkah terbaik jika anda memandu berseorangan adalah, berhenti di tepi dan periksa imej itu.

Buat masa sekarang ia ditawarkan pada telefon pintar Android sahaja.

Pengguna iOS perlu tunggu sedikit masa lagi ya.

Sumber: Android Police