Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Maps Live View Bakal Paparkan Mercu Tanda, Mudahkan Navigasi AR

Google Maps Live View Bakal Paparkan Mercu Tanda, Mudahkan Navigasi AR

Diterbitkan Oktober 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Google Maps merupakan antara aplikasi penting yang membantu memudahkan kehidupan seharian.

Selain melakukan navigasi secara biasa dengan melihat peta, Google Maps juga turut menawarkan fungsi navigasi melalui realiti terimbuh (AR) iaitu Live View.

Live View akan menggunakan kamera dan juga menyertakan arah anak panah untuk ke destinasi yang dituju.

Tidak lama lagi, Google bakal menambah mercu tanda pula dalam Live View bagi memudahkan lagi pengalaman navigasi.

Google Maps Live View Bakal Paparkan Mercu Tanda, Mudahkan Navigasi AR

Mercu tanda ini termasuklah juga kawasan atau struktur ikonik di kawasan anda.

Antara ciri lain yang turut ditambah adalah Location Sharing untuk kesemua telefon Android dan iOS, serta pin dalam peta yang lebih tepat.

Untuk mercu tanda dalam Live View ini, ia akan tersedia secara kemaskini untuk bandar seluruh dunia termasuk juga Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Sumber: Blog Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY