Google Maps Kini Memberitahu Pengguna Masa Sesuai Untuk Bertolak Dan Sampai Ke Destinasi

Kemaskini baru dari Google Maps bukan sahaja mampu memberitahu pengguna masa dan jalan paling sesuai untuk diambil, malah Google Maps juga kini memberikan cadangan masa yang sesuai untuk memulakan perjalanan ke destinasi.



Jika dilihat dari peta contoh di atas, kita dapat lihat masa prediktif yang telah disediakan. Perjalanan dari Cyberjaya ke Alamanda Putrajaya mengambil masa 18 minit.

Lihat pada graf bar yang dipamerkan. Ini menunjukkan pada bila-bila masa pengguna bertolak, masa perjalanan masih di bawah 20 minit. Graf bar juga turut dipamerkan dengan warna berbeza, hijau, kuning dan merah. Hijau bermakna trafik lancar, merah trafik sesak.



Misalnya anda mahu ke KLCC. Masa prediktif yang diberikan adalah 38 minit. Tetapi jika melihat pada bar graf yang disediakan, anda mungkin perlu memulakan perjalanan pada pukul 11 ke atas.

Semakin rapat graf bar dengan tanda aras diatasnya, bermakna masa perjalanan yang diambil juga akan lebih panjang, jika mengikut contoh di atas, graf bar semakin rapat dengan masa total 45 minit.

Setakat ini, kemaskini Google Maps hanya dibawakan untuk peranti Android sahaja.

Sumber