Google Maps Kini Dengan Kesan Visual 'Hyperdrive'

Ini cara mengaktifkan efek tersebut.


Bagi anda yang mungkin tidak tahu, Google telah memperkenalkan ciri eksplorasi angkasa lepas dalam Google Maps pada tahun 2017 dahulu yang membolehkan pengguna melawati pelbagai planet-planet yang ada di dalam sistem solar.

Kini, Google telah memuatkan ciri efek visual Hyperdrive bagi memberikan kesan kepada pengguna seolah-olah mereka sedang di teleportasi ke planet yang sedang mereka lawati.

Bagi mengaktifkan efek visual itu, pengguna perlu membuka portal Google Maps hanya menerusi aplikasi pelayar Google Chrome di platfom Windows, Mac Atau Linux.

(Efek ini tidak boleh diaktifkan pada aplikasi Google Maps atau pelayar sesawang di peranti pintar.)

Kemudian, tandakan pada butang Satellite dan Globe.



Kemudian, zoom keluar sehingga nampak visual bumi sepenuhnya.



Seterusnya anda boleh mulakan eksplorasi anda ke planet-planet dalam sistem solar dengan klik pada planet-planet yang disenaraikan dan melihat efek hyperdrive tersebut.

Selamat mencuba.