Google Maps Akan Menambah Ciri Kekosongan Tempat Letak Kereta

Aplikasi Google Maps ketika ini mampu mengesan lokasi kerja dan tempat tinggal anda. Ianya juga dapat digunakan untuk mendapat info tentang keadaan lalulintas. Menurut laporan daripada Android Police mengatakan Google Maps akan menampilkan ciri dimana kini anda mampu untuk medapat info tentang tempat letak kereta di lokasi yang telah ditetapkan.

nexus2cee_google-maps-parking-1-329x585

Sebagai contoh jika anda telah menetapkan destinasi pilihan, sebuah ikon 'P' bewarna biru akan dipamerkan bersebelahan ETA yang bermaksud terdapat kekosongan tempat letak kereta di lokasi tujuan atau tempat letak kereta mudah dicari di sekitar lokasi tujuan tersebut. Jika ikon bewarna merah pula, ianya bermaksud 'parking limited'.

Anak syarikat Google iaitu Waze telah menampilkan ciri ini beberapa bulan yang lepas. Hari ini Google telah mengesahkan mereka akan menambah ciri tersebut ke dalam aplikasi navigasi utama mereka, Google Maps.

Mengikut laporan yang kami dapat, Ketika ini ciri 'parking availability' di dalam Google Maps hanya terhad kepada beberapa pusat membeli-belah, lapangan terbang dan tempat 'hotspot' sekitar US. Kerjasama antara syarikat tempat letak kereta dan pihak Google sangat penting dalam memastikan kepenggunaan ciri ini diperluaskan secara global,

Sumber:Android Police, The Verge

 

 

Berkaitan