Google Maps Akan Dikemaskinikan Dengan Mod Incognito

Mod incognito sudah sedia digunakan pada pelayar web Google Chrome dan ia bakal diluaskan kepada perkhidmatan Google yang lain.

Pada acara Google I/O sekitar bulan Mei yang lalu, syarikat teknologi berkenaan ada menyatakan dua aplikasi Android. Google Maps dan Google Search akan dilengkapkan dengan mod incognito. Ini membolehkan segala aktiviti dan carian data dari aplikasi tersebut tidak disimpan pada akaun Google pengguna.



Untuk mengaktifkan mod incognito pada Google Maps, pengguna hanya perlu menekan gambar profil dalam aplikasi dan pilih "Turn on Incognito mode". Kemaskini mod incognito akan bermula pada bulan ini untuk peranti Android sementara bagi platform iOS pula akan hadir tidak lama lagi.

Sumber: Google