Google Mahu Menjadi Bank Dengan Menawarkan Perkhidmatan Akaun Semakan

Jika Google Pay hanya setakat mempunyai perkhidmatan pembayaran, apa kata anda jika Google membawanya ke tahap yang lebih tinggi dengan menawarkan perkhidmatan perbankan tersendiri pula?

Nampaknya kenyataan tersebut bakal menjadi realiti dalam masa terdekat ini. Menurut sumber, Google merancang untuk menawarkan akaun semakan kepada pelanggan bermula di Amerika Syarikat pada tahun hadapan. Untuk itu, Google akan bekerjasama dengan bank Citigroup dan kesatuan kredit di University Stanford.

Kapsyen: Gambar hiasan


Menurut Google, mereka mahu meneroka bagaimana mereka boleh menjadi rakan kongsi untuk bank dan kesatuan kredit untuk menawarkan khidmat menyemak akaun secara pintar melalui Google Pay. Dalam pada masa yang sama kewangan mereka disimpan dalam akaun yang diiktiraf firma kewangan dan bank.

Setakat ini, Google belum lagi membuat keputusan menyatakan sama ada akaun tersebut akan mengenakan bayaran caj atau tidak.

Kemasukan dalam institusi kewangan merupakan langkah terbaharu syarikat teknologi gergasi dimulakan dengan menawarkan akaun semakan. Sebelum ini, sebagai konteks, Apple telah berkolaborasi dengan Goldman Sachs untuk melancarkan kad kredit dinamakan Apple Card.

Dengan kemasukan dalam industri kewangan dan perbankan, Google mahu mengikat pelanggan dengan lebih ketat lagi bersama-sama penawaran servis Google dan juga peranti pintar seperti Nest dan Google Assistant. Langkah terbaharu syarikat gergasi ini dalam cubaan memasuki industri perbankan akan diperhatikan oleh ahli politik di Washington untuk mencari ke mana halatuju dan visi sebenar mereka.

Sumber: 9news